Wednesday, 14 December 2011

KATA ADJEKTIF


Kata Adjektif

Kata Adjektif terdiri daripada:
1.     Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.
Contoh: malas, cerdik, tajam, sihat, takut, jahat.

2.    Kata adjektif warna ialah perkataan yang menerangkan warna sesuatu kata nama.
Contoh: putih, merah, hitam, hijau

3.    Kata adjektif bentuk ialah perkataan yang menerangkan bentuk sesuatu kata nama.
Contoh: bulat, kempis, buncit, bujur, empat segi

4.    Kata adjektif ukuran ialah perkataan yang menerangkan ukuran sesuatu kata nama.
Contoh: panjang, pendek, tinggi, berat

5.    Kata adjektif pancaindera ialah perkataan yang menerangkan konsep rasa, bau, sentuh, pandang, dan dengar sesuatu kata nama.
Contoh: pedas, panas, wangi, jelas, kabur, bising, senyap.

6.    Kata adjektif cara ialah perkataan yang menerangkan keadaan kelakuan atau ragam sesuatu kata nama.
Contoh: laju, perlahan, selalu, jarang

7.    Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang menerangkan konsep perasaan.
Contoh: benci, suka, gembira, sayang, rindu

8.    Kata adjektif waktu ialah perkataan yang menerangkan konsep masa.
Contoh: awal, cepat, pantas, lambat, lama

9.    Kata adjektif jarak ialah perkataan yang menerangkan keadaan jarak antara dua kata nama.
Contoh: dekat, jauh, hampir

No comments:

Post a Comment