Tuesday, 22 November 2011

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua pelajar dan semua rakan-rakan guru. Buat rakan PPG PJJ UPSI..jangan lupa buat tugasan dan jangan lupa berforum ye. Bersamalah kita menuju kejayaan.

Tuesday, 8 November 2011

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama bagi orang. Kata ganti nama diri dapat digolongkan kepada tiga bentuk iaitu:
1.       Kata ganti nama diri pertama
2.       Kata ganti nama diri kedua
3.       Kata ganti nama diri ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap.
aku
saya
beta
patik
hamba
kami
kita


Bentuk
Penggunaan
Contoh Ayat
Tunggal


Aku
Sewaktu bercakap dengan rakan atau berdoa kepada tuhan.
1. Aku berlindung pada-Mu, Tuhan.
2.”Berikan aku pen itu,” kata Ah Cong
    kepada Ramu.
Saya
Sewaktu bercakap dalam majlis rasmi atau dengan orang yang baru dikenali.
1.Terima kasih saya ucapkan kepada
    tuan-tuan sekalian.
2.Nama saya Suzana.
Beta
Sewaktu raja atau sultan bertitah kepada rakyat.
1. Beta murka dengan kelakuan tuan
   hamba.
2.Beta mahu beradu.
Patik
Sewaktu golongan bawahan bercakap dengan raja.
1.Ampun Tuanku,sembah patik harap
   diampun.
2.Patik datang membawa sembah
   daripada negara jiran, Tuanku.
Hamba
Digunakan sebagai kata ganti nama diri sendiri pada zaman dahulu.
1.Siapakah gerangan tuan Hamba.
2.Hamba seorang tukang kayu.
Jamak


Kami
Mewakili pihak yang ramai apabila bercakap dengan orang lain.
1.Pasukan kami telah menjadi johan.
2.Kami sekeluarga pergi ke Kuantan.
Kita
Digunakan kepada diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap.
1.Kita rakyat Malaysia.
2.Di manakah kita sekarang?



BAHASA MELAYU - KATA NAMA

KATA NAMA

Kata nama ialah kata yang merujuk kepada manusia, binatang, tempat, benda, dan sebagainya. Kata nama digolongkan kepada tiga kumpulan iaitu

a) Kata Nama Am
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama


Kata Nama Am
Kata Nama Am digunakan bagi merujuk kepada benda, orang, tempat, jawatan atau pangkat.



Kata Nama Am
Contoh
Contoh Ayat
Benda
kereta, televisyen, buku, komputer
1.Saya ada sebuah komputer.
2. Kereta itu bergerak laju.
Orang/manusia
Doktor, peguam, penulis, arkitek
1.Peguam itu bijak.
2.Dia arkitek.
Haiwan
Kucing, harimau, naga, kuda
1.Kuda berlari pantas.
2.Itu kucing saya.
Tempat
Kampung, padang, dewan, bandar
1.Kampung itu terletak jauh  
   dari sini.
2.Dewan itu besar.




Kata Nama Khas
Kata Nama Khas digunakan untuk menerangkan benda yang benyawa dan tidak bernyawa. Contoh-contohnya nama manusia, binatang, benda, tempat dan lain-lain.

Kata Nama Khas
Contoh
Contoh Ayat
Benda
Proton waja, Parker, Casio, Toyota
1.Jam Casio itu cantik.
2. Proton Waja kereta buatan
    negara kita.
Orang/manusia
Jefri, Amin, Mak Cik Limah, Pak Malau
1.Pak Malau menghalau  
   lembu.
2.Amin seorang guru.
Haiwan
Si Tompok, Sang Belang, Si Putih
1.Si Tompok mengejar tikus.
2.Sang Belang sangat garang.
Tempat
Malaysia, Johor, Kuala Lumpur
1.Ibu negara Malaysia ialah
   Kuala Lumpur.
2.Saya berasal dari Johor.
Jawatan
Leftenan Muda, Perdana Menteri, Menteri Besar Johor
1.Abang saya berjawatan
   Leftenan Muda dalam
   tentera.
2.Perdana Menteri Malaysia
   merasmikan sekolah itu.  


                                                       



Menara Kuala Lumpur
Proton Saga







Kata Ganti Nama
Kata Ganti Nama Diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama. Kata Ganti Nama diri terbahagi kepada lima golongan iaitu
a)      Kata ganti nama diri.
b)      Kata ganti nama tanya.
c)       Kata ganti nama tempat.
d)      Kata ganti nama tunjuk
e)      Kata ganti nama tak tentu