Wednesday, 14 December 2011

PENJODOH BILANGAN

KATA SENDI NAMA


Kata Sendi Nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
Kata sendi nama
Penggunaannya



di

Digunakan untuk menunjukkan tempat
Contoh:
1.Ibu sedang memasak di dapur.
2.Pejabat ayah terletak di tingkat lima
    bangunan itu.
        



ke

Digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah tuju dan waktu.
Contoh:
1.Tina mengikut ibunya ke pasar.
2.Bakri menaiki bas dari Ipoh ke Kuala
    Lumpur.




dari

Digunakan untuk menunjukkan arah, tempat,waktu atau masa.
Contoh:
1.Mereka akan bertolak dari Johor
   esok.
2.Keluarga Encik Tan berasal dari
   Melaka




daripada

Digunakan untuk menunjukkan asal atau punca bagi manusia, haiwan, dan benda.
Contoh:
1.Beg itu dibuat daripada kulit buaya.
2.Rahmat lebih tinggi daripada ayahnya.




Pada

Digunakan untuk menerangkan waktu dan tempat.
Juga digunakan untuk merujuk manusia dan haiwan tetapi didahului dengan perkataan “ada”.
Contoh:
1.Layang-layang itu tersangkut pada
  dahan pokok.
2.Pada waktu kamu datang, saya sedang
    tidur.





kepada

Digunakan untuk merujuk manusia dan haiwan.
Juga digunakan untuk menyatakan pecahan dan perubahan keadaan.
Contoh:
1.Noraini memotong kek itu kepada
   sepuluh keping.
2.Ayah menghantar wang kepada abang
    yang berada di luar negara.


KATA ADJEKTIF


Kata Adjektif

Kata Adjektif terdiri daripada:
1.     Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.
Contoh: malas, cerdik, tajam, sihat, takut, jahat.

2.    Kata adjektif warna ialah perkataan yang menerangkan warna sesuatu kata nama.
Contoh: putih, merah, hitam, hijau

3.    Kata adjektif bentuk ialah perkataan yang menerangkan bentuk sesuatu kata nama.
Contoh: bulat, kempis, buncit, bujur, empat segi

4.    Kata adjektif ukuran ialah perkataan yang menerangkan ukuran sesuatu kata nama.
Contoh: panjang, pendek, tinggi, berat

5.    Kata adjektif pancaindera ialah perkataan yang menerangkan konsep rasa, bau, sentuh, pandang, dan dengar sesuatu kata nama.
Contoh: pedas, panas, wangi, jelas, kabur, bising, senyap.

6.    Kata adjektif cara ialah perkataan yang menerangkan keadaan kelakuan atau ragam sesuatu kata nama.
Contoh: laju, perlahan, selalu, jarang

7.    Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang menerangkan konsep perasaan.
Contoh: benci, suka, gembira, sayang, rindu

8.    Kata adjektif waktu ialah perkataan yang menerangkan konsep masa.
Contoh: awal, cepat, pantas, lambat, lama

9.    Kata adjektif jarak ialah perkataan yang menerangkan keadaan jarak antara dua kata nama.
Contoh: dekat, jauh, hampir

Tuesday, 22 November 2011

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua pelajar dan semua rakan-rakan guru. Buat rakan PPG PJJ UPSI..jangan lupa buat tugasan dan jangan lupa berforum ye. Bersamalah kita menuju kejayaan.

Tuesday, 8 November 2011

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama bagi orang. Kata ganti nama diri dapat digolongkan kepada tiga bentuk iaitu:
1.       Kata ganti nama diri pertama
2.       Kata ganti nama diri kedua
3.       Kata ganti nama diri ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap.
aku
saya
beta
patik
hamba
kami
kita


Bentuk
Penggunaan
Contoh Ayat
Tunggal


Aku
Sewaktu bercakap dengan rakan atau berdoa kepada tuhan.
1. Aku berlindung pada-Mu, Tuhan.
2.”Berikan aku pen itu,” kata Ah Cong
    kepada Ramu.
Saya
Sewaktu bercakap dalam majlis rasmi atau dengan orang yang baru dikenali.
1.Terima kasih saya ucapkan kepada
    tuan-tuan sekalian.
2.Nama saya Suzana.
Beta
Sewaktu raja atau sultan bertitah kepada rakyat.
1. Beta murka dengan kelakuan tuan
   hamba.
2.Beta mahu beradu.
Patik
Sewaktu golongan bawahan bercakap dengan raja.
1.Ampun Tuanku,sembah patik harap
   diampun.
2.Patik datang membawa sembah
   daripada negara jiran, Tuanku.
Hamba
Digunakan sebagai kata ganti nama diri sendiri pada zaman dahulu.
1.Siapakah gerangan tuan Hamba.
2.Hamba seorang tukang kayu.
Jamak


Kami
Mewakili pihak yang ramai apabila bercakap dengan orang lain.
1.Pasukan kami telah menjadi johan.
2.Kami sekeluarga pergi ke Kuantan.
Kita
Digunakan kepada diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap.
1.Kita rakyat Malaysia.
2.Di manakah kita sekarang?



BAHASA MELAYU - KATA NAMA

KATA NAMA

Kata nama ialah kata yang merujuk kepada manusia, binatang, tempat, benda, dan sebagainya. Kata nama digolongkan kepada tiga kumpulan iaitu

a) Kata Nama Am
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama


Kata Nama Am
Kata Nama Am digunakan bagi merujuk kepada benda, orang, tempat, jawatan atau pangkat.



Kata Nama Am
Contoh
Contoh Ayat
Benda
kereta, televisyen, buku, komputer
1.Saya ada sebuah komputer.
2. Kereta itu bergerak laju.
Orang/manusia
Doktor, peguam, penulis, arkitek
1.Peguam itu bijak.
2.Dia arkitek.
Haiwan
Kucing, harimau, naga, kuda
1.Kuda berlari pantas.
2.Itu kucing saya.
Tempat
Kampung, padang, dewan, bandar
1.Kampung itu terletak jauh  
   dari sini.
2.Dewan itu besar.




Kata Nama Khas
Kata Nama Khas digunakan untuk menerangkan benda yang benyawa dan tidak bernyawa. Contoh-contohnya nama manusia, binatang, benda, tempat dan lain-lain.

Kata Nama Khas
Contoh
Contoh Ayat
Benda
Proton waja, Parker, Casio, Toyota
1.Jam Casio itu cantik.
2. Proton Waja kereta buatan
    negara kita.
Orang/manusia
Jefri, Amin, Mak Cik Limah, Pak Malau
1.Pak Malau menghalau  
   lembu.
2.Amin seorang guru.
Haiwan
Si Tompok, Sang Belang, Si Putih
1.Si Tompok mengejar tikus.
2.Sang Belang sangat garang.
Tempat
Malaysia, Johor, Kuala Lumpur
1.Ibu negara Malaysia ialah
   Kuala Lumpur.
2.Saya berasal dari Johor.
Jawatan
Leftenan Muda, Perdana Menteri, Menteri Besar Johor
1.Abang saya berjawatan
   Leftenan Muda dalam
   tentera.
2.Perdana Menteri Malaysia
   merasmikan sekolah itu.  


                                                       



Menara Kuala Lumpur
Proton Saga







Kata Ganti Nama
Kata Ganti Nama Diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama. Kata Ganti Nama diri terbahagi kepada lima golongan iaitu
a)      Kata ganti nama diri.
b)      Kata ganti nama tanya.
c)       Kata ganti nama tempat.
d)      Kata ganti nama tunjuk
e)      Kata ganti nama tak tentu











Friday, 14 October 2011

Monday, 3 October 2011

Guru Oh Guru


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat